Selasa, 13 Julai 2010

Karnivak Kesihatan Klinik Kesihatan Paka 2010


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:   “Tidak makan makanan berlemak, kurang makan makanan dan minuman manis,” itulah antara rahsia warga emas Wan Ahmad Wan Yahya yang masih gagah mengayuh basikal dan tidak mengidap sebarang penyakit  walaupun usia sudah menjangkau 84 tahun.
                “Selain daripada menjaga pemakanan saya juga mengamalkan minum air masak dan tidak merokok.
“Walaupun saya tidak mempunyai penyakit, saya sentiasa datang ke klinik kesihatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan membuat pemeriksaan doktor hampir setiap bulan,” katanya yang merupakan bekas nelayan dan tinggal di Kampung Gemia, Paka.
Wan Ahmad  adalah salah seorang daripada dua orang warga emas contoh yang menerima hadiah daripada Klinik Kesihatan Paka  sempena karnival kesihatan anjuran yang disampaikan oleh Exco Kesihatan negeri Terengganu, Dr.  A. Rahman Mokhtar baru-baru ini.
Karnival Kesihatan selama sehari  anjuran pihak pengurusan Klinik Kesihatan Paka dengan kerjasama Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Paka itu turut merai pesakit contoh yang dinilai berdasarkan kehadiran ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan pihak klinik untuk mendapat ubat dan menjalani ujian darah serta mematuhi nasihat yang diberikan doktor.
Pesakit diabetis contoh, Wan Rawi Wan Ngah, 38, berkata, beliau mengidap diabetis semenjak 3 tahun lalu namun begitu dengan mematuhi peraturan pemakanan sebagaimana yang disaran doktor paras gula beliau sentiasa dalam paras yang terkawal iaitu sba1c dibawah paras 6.5 peratus dan tiada komplikasi penyakit.
Pesakit hipertensi contoh, Hasmad Abdul Majid, 51, berkata, beliau mengidap hypertension semenjak 4 tahun lalu dan datang ke klinik kesihatan paka secara berkala untuk mendapat ubat dan menjalani ujian darah.
Beliau yang merupakan kaitangan Polis PAka, berkata, tekanan darah beliau sentiasa dalam tekanan yang terkawal iaitu kurang daripada 130/80 setiap kali beliau datang ke klinik pada tarikh temujanji yang ditetapkan dan tidak mempunyai komplikasi penyakit hypertensi.
                “Sikap menyerah kepada takdir serta berputus asa dengan tidak mengunjungi hospital untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan perlu dikikis dari minda setiap pesakit.
                “Saya bersyukur dengan mematuhi nasihat doctor saya dapat mengawal tekanan darah saya dan mampu melakukan aktiviti sebagaimana biasa.
Norhayati Mat Samad, pemenang kategori Keluarga Sihat Contoh, berkata, karnival yang dianjurkan selain dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan kakitangan klinik kesihatan, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan melalui pameran dan juga aktiviti yang dianjurkan.
Majlis penutup carnival dimeriahkan dengan persembahan “jump root” pasukan “jump root” Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak yang juga juara pertandingan “jump root” peringkat Kebangsaan 2010.
Persembahan yang cukup bertenaga dengan aksi lompatan tali yang seiring dengan rentak muzik selama 10 minit itu berjaya memukau orang ramai yang hadir.
Karnival kesihatan yang bertema “ Jalan Ria 10, 000 langkah untuk kesihatan” dirasmikan oleh Exco Kesihatan negeri Terengganu DR, A. Rahman Mokhtar itu berlangsung selama sehari dengan pelbagai aktiviti menarik yang diantaranya pertandingan telematch keluarga sihat, pertandingan mewarna, kuiz kesihatan, kaunseling kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma serta pameran agensi-agensi kerajaan.