MPD

Pertandingan sukan rakyat erat hubungan kemasyarakatan
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail


DUNGUN: Penganjuran sukan rakyat antara mukim dalam daerah Dungun oleh Majlis Perbandaran Dungun dengan kerjasama Jabatan Muzium daerah Dungun bukan sahaja menyemarakkan hubungan kemasyarakatan malah ianya juga menjadi medan untuk memperkenal sukan rakyat yang makin dilupakan kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Peserta, Maziah Daud, 21, berkata, bilangan peserta yang melebihi seratus orang di dalm pertandingan selama tiga hari di padang dataran Dewan Merdeka (DDM) menyebabkan beliau berasa teruja untuk turut serta.
“Sebelum ini saya pernah mendengar permainan traisi seperti kaki hantu, bola beracun, bola cetong dan banyak lagi namun tidak mengenali permainan-permainan ini.
Rakan beliau, Norisha Azmi, 22, berkata, penganjuran sukan rakyat oleh MPD dengan kerjasama Jabatan Muzium daerah Dungun ini wajar dijadikan contoh kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain dalam memartabat permainan rakyat yang semakin dilupakan masyarakat terutamanya generasi muda.
“Salah satu sebab orang ramai tidak mengenali permainan tradisional seperti kaki hantu, bola beracun dan sebagainya adalah kerana kurang pertandingan dianjurkan.
“Permainan tradisional mempunyai keunikan tersendiri yang di antaranya dapat menyemat sikap bekerjasama dan berfikiran tajam.
“Saya percaya dengan adanya pertandingan permainan rakyat dari semasa ke semasa, permainan rakyat akan semakin diminati ahli masyarakat.
Saleh Yaakub, 60, berkata, sesetengah ahli masyarakat menganggap permainan rakyat hanya sesuai untuk golongan kanak-kanak dan masyarakat kampung sahaja adalah satu tanggapan yang salah.
“Mereka perlu sedar, keabnyakan permainan yang dikomersialkan dan diminati ramai adalah berasakan permainan rakyat.
“Sebagai contoh, sukan takraw dikomersialkan berasaskan permain rakyat sepak raga bulat.
“Kita sebenarnya kaya dengan permainan tradisi namun sikap kurang menghargai kesenian permainan menyebabkan permainan rakyat semakin tidak dikenali bangsa sendiri.